Wednesday, November 24, 2004

abah, balik la abah!

Apakah reaksi korang kalau masa korang tengah lepak2 malam bersama keluarga, tiba2 henpon berbunyi, bila angkat, dengar suara ‘abah, balik la abah’?

So inilah yg terjadi pada aku malam tadi.
Al-kisah sebagai muqaddimah, aku merupakan familyman, anak aku baru nak sampai umo 2 tahun. Belum pandai cakap dan buat ayat lagi. Setakat Abah, Mama dia pandai sebut.

Cite bermula bila, malam tadi, aku pegi beraya umah mak cik aku di Seksyen 28 dalam pukul 9 malam. Bersama isteri dan anak aku.

Tengah dok rancak sembang makan kuih raya, tiba-tiba telefon aku berbunyi. Nombo yg terdisplay tu nombo KL, 03-87**-***2, memang aku tak tau panggilan tu dari sapa. Lebih tekejut bila aku angkat je phone tu, terus dengar suara budak lelaki yang menyebut ‘abah, abah… balik lah abah’. So, tekejut badak la aku.

Ini bukan cite seram la, ini cerekerama keluarga jer untuk tontonan umum. Jadi aku sertakan la perbualan aku dengan budak tu, yg membahasakan diri sebagai adik. Aku agak umo dia dalam 6 tahun gitu, baru tadika… kot.

---------------------------------------------------

Scene 34#; Ni meja makan. Aku sedang makan mee kari. Anak aku berdiri kat kerusi sebelah kanan aku. Isteri aku sebelah kanan anak aku. Kami bersembang ngan makcik-pakcik aku.

Tiba-tiba, telefon aku berbunyi.
Tet! Tet-tet-tet-tet (Nada lagu Where Is The Love – Black Eye Pea)

Ayu ; Telefon sapa tu?
Makcik ; Dia punya la.

Aku mengangkat dan terdisplay nombot yg aku tak kenali. Aku pun angkat telefon.

Aku ; Hello
Adik ; Abah. Abah balik la abah.
Aku ; Ha? (terkejut badak)
Adik ; Abah balik la abah.
Aku ; Ha…Wrong number kot.
Adik ; Ha? (Blur…tak faham…)
Abah balik la, adik nak main ngan abah.
Aku ; Er… ye lah, abah balik.
Adik ; Abah kat mana ni?
Aku ; Shah Alam.
Adik ; Ha? (Tekejut badak)
Abah balik la, adik rindu. Nanti adik dah tido.
Aku ; Ye la, ye la.
Adik ; Abah dah balik ye? Dah sampai?
Aku ; Belum lagi. Abah balik la ni.
Adik ; (Happy)… abah balik tau.
Aku ; Ye la, ye la…

Aku letak talipon.

Fade to black

----------------------------------------------------
Hai, kesian sungguh aku ngan adik tu. Aku mintak maap la sebab tertipu dia, sebab aku tengah dalam mood beraya, bukannya mood nak terangkan kat dia apa itu wrong number. Dan sebagai ayah yg nak jaga hati anaknya, pasal tu la aku jawab ‘ye la, abah balik’. Sebab aku kesian kat dia. Takkan la aku jawab ‘adik tido la dulu’. Kesian la, agaknya satu hari adik tu tunggu abah dia balik.

So, kesimpulan kat sini. To all familyman;
Balik la rumah awal, luangkan la masa bermain dengan anak anda, sebelum mereka tidur.

UTAMAKAN KELUARGA, SEMAKIN HARI SEMAKIN BOROI… hehehe